I just Love This Song...

Thursday, October 11, 2007

'peace'


Dx sudah bersedia ke skolah.
Gambar ni saya pada pagi pertama sya bercuti di kg. Flash kamera mengakibatkan c dx tertutup mata.

...sejuk nyer....


Dx dalam keadaan kesejukan selepas mandi pagi sebelum ke sekolah.
Gambar ni agak kabur mungkin disebabkan sya masih belum biasa dengan kamera DSLR.

Give Me The Wave

Pada mulanya sya ingat c Neo akan takut dengan ombak dan air yg masin. Tetapi jangkaan sya sangat meleset apabila dia sangat gembira melawan ombak yang datang kepadanya.

Puas Hati



"Puas hati" mungkin tu la bisikan dalam hati c Neo setelah berjaya berendam dalam baldi berisi air hujan.

Kenakalan c Neo ni terbukti setelah dia 'berjaya' berendam seperti ini tetapi air yg dalam baldi adalah air masak.

A little Bit More


Salah satu tempat kegemaran c Neo apabila terlepas dari "penjara". Gambar ni menunjukkan c Neo cuba masuk ke dalam baldi yg berisi air hujan (nasib baik air tu tuk siram bunga ja) all by him self.

like this ok!...

Neo is showing some action with a big smile

Sunday, October 7, 2007

Buah Bundu

Cuba teka buah apa ni? Mungkin kebanyakan daripada anda tahu buah ni terutama kawan2 dari sabah. Bagi yang tidak tahu buah apa ni, inilah buah Bundu yg setakat diketahui hanya terdapat di Sabah (mgkin Borneo la). Buah ni agak ganjil kerana ianya tidak dikelaskan dalam kelas buah mangga. Ini kerana ciri2 fizikal dan rasanya memang sangat berlainan dengan kelas buah mangga. Bundu ni klu masi mentah rasanya tawar jadi tak la sedap tuk dimakan berbanding mangga (adoi beliru trus ni). Kalau sudah masak pula rasanya ada yang tawar dan manis. Kulitnya pula sangat nipis berbanding mangga dan sebab itulah ia mudah dicederakan. Walaubagaimanapun yang ajaibnya buah ni tidak akan diserang serangga dan tidak akan dimasuki ulat (giuk). Ini mungkin disebabkan rasanya yang tawar ketika masih mentah jadi tak menjadi tarikan para serangga perosak. Tetapi AWAS buah ini BERACUN!. Jangan sesekali termakan biji buah bundu ini walau sedikit pun kerana ia beracun. Jika termakan, kulit akan menjadi seperti terkena demam campak (kemerah-merahan dan berair) dan sangat sakit. Keadaan ini dipangil 'Bunduon'. Ada mitos mengenai buah ini; jika 'bunduon' iaitu sakit kerana termakan biji buah bundu, seseorang dari kalangan keluarga harus 'monokon' (merejam) pokok buah bundu ini dengan bambu (buluh). Ini kononnya bagi menghapuskan atau menghentikan 'sumpahan' akibat termakan biji buah bundu ini. Sejauh mana kebenaranya terpulanglah pada diri masing2. Tapi jangan risau biji buah bundu ini dilapisi satu lapisan yang keras dan berserat-serat. Sebelum terpotong bijinya lapisan serat2 ini dulu yg akan kelihatan. Isi bundu berwarna putih, serat2 biji berwarna coklat dan biji berwarna hijau. Walaubagimana pun lapisan ini tidak begitu ketara jika buah bundu ni masih muda dan mentah. Oleh yang demikian adalah tidak digalakkan memakan buah bundu yang masih mentah.

Gambar ni saya ambil di Kota Marudu dan setelah beberapa tahun tidak merasa buah ni...akhirnya kerinduan terlepas apabila hampir setiap hari saya menikmati buah ini...mmmmmmmmmm sedapnya....... kalu nak try....datang la Sabah dalam bulan Ogos-September....kerana masa ni la musimnya.... Disamping tu ada gak buah2 lain seperti Tarap, Pulutan, Durian, Mangga dan sebagainya....

Friday, October 5, 2007

'Bunga Ajaib'

Pokok bunga ini kelihatan ganjil dan ia digelar 'pokok ajaib' oleh keluarga sya. Ini kerana bunga yang dihasilkan oleh pokok bunga ini adalah begitu unik. Bunga yg keluar dari tengah2 'pokok ajaib' ini adalah seperti pokok yg baru tumbuh dengan dahan, ranting dan daun. Malah tumbuh besar bunga 'pokok ajaib' ini begitu cepat berbanding kebiasaanya pokok yg tumbuh. Mungkin 10-20 kali ganda lebih cepat. Tetapi jangka hayat bunga 'pokok ajaib' ini tidaklah panjang. Setelah ia matang iaitu daun bunga itu akan gugur (benih baru) dan ia kan mula layu.

Yang menariknya pada mulanya kami tidak menyangka bunga ini akan mengeluarkan bunga dan beranggapan hanya berdaun saja. Ini merupakan kali kedua bunga jenis ini berbunga di kawasan rumah ibubapa sya di kg. Cuba bayangkan jika ia ditanam dalam satu barisan yang panjang (spt pagar) dan ia berbunga serentak....tentu kecantikannya sukar dibayangkan... Malangnya sya tidak tahu nama sebenar bunga ini...ada sesiapa yang tahu?



Thursday, October 4, 2007

Kampungku


Ini merupakan gambar kedua yg saya telah upload ke TE. Tapi cara edited tidak la sama, tapi yang penting disini adalah pemandangan ini mempunyai seribu satu kenangan dan lebih penting disinilah saya dibesarkan.
Setiap kali memandang pada gambar ini....kenangan masa lalu pasti akan timbul. Dulu...sawah ni agak kecil dan semak. Masih banyak kawasan yang tidak dibuka dan masih banyak pokok tinggi dan rendang melambai-lambai bila ditiup angin. Kenangan menaiki kerbau dan "mongoguring" atau membajak sawah dengan menggunakan alat bajak yang ditarik dengan menggunakan kerbau, masih begitu segar diingatan. Pernah juga sya terjatuh dari atas kerbau kerana tertidur semasa 'mongoguring'.
'Susungkad', 'mitatabang', 'mongomot', 'manabit', 'mangalpos', 'kakung', dan banyak lagi istilah lain kini semakin hilang dari mulut para petani dan digantikan dengan 'bandol' dan 'kambain'. Mungkin hanya istilah lama seperti 'monibor' dan 'momo-om' masih lagi biasa kedengaran. Mungkin suatu masa nanti generasi baru tidak akan mengenali apa tu 'guring', 'susungkad', 'lingaman', 'sirung' dan 'tongkob'....salah siapa?

Monday, October 1, 2007

The Tip Of Borneo

25/09/2007, Tuesday, my last day before fly back to KL. I'd took the opportunity to spend time with my precious family at Simpang Mengayau or known as The Tip of Broneo. It's only Four of us. From Kota Marudu (KM) to the beach of Spg. Mengayau took around 1 and a half hour driving and passed around 70km.

This is the tip of the broneo island close look. And also the South China Sea and The Sulu Sea meeting point. And for coution it's not safe to dive here.




This is the beautiful beach and rocks free. The beach is about 1 to 1.5 km long and it took C shape. It's very natural with no major construction. So everyone can aspect an original landscape and scenery.

The Beach view that took C shape.











Hide Me

Gambar ini merupakan gambar pertama yg saya telah upload di TrekEarth.com (TE). Tapi gambr yg sya upload di ET belum diedit. Gambar ni telah diedit dengan menggunakan photoshop. Cuma sedikit sharperning dan brightnest dilakukan. Semua ni member2 TE yg bg pandangan..so memang hasilnya lebih baik.

Gambar ni sya ambil masa balik bercuti kg baru2 ni (Sept 2007). Sya sebenarnya baru ja beli kamera jenis DSLR iaitu Pentax K100D Super dengan harga RM2350.00 termasuk 2G memory dan lens Cover. Tidak termasuk Ni-MH rechargeable battery yg brharga RM90.oo. Kelebihan camera ni berbanding model DSLR yg lain ialah ia ada shake n dust reduction yg mana sangat membantu bagi begginer mcm saya. Dan memang sgt membantu...

Semasa sya mengambil gambar ni, budak ni agak malu dan cuba bersembunyi disebalik mama dia. Sya teruskan focus pada dia kerana saya tahu dia akan memandang pd saya juga kerna perasaan ingin tahu amat kuat pada kanak2. Sehingga la dia menoleh pada sya dan ini la hasilnya..... Acutally ada lg gambar dia yg lain...tapi biarlah ni memberi seribu pengertian kepada kita...

My Family

My TreakEarth Collection