I just Love This Song...

Sunday, October 7, 2007

Buah Bundu

Cuba teka buah apa ni? Mungkin kebanyakan daripada anda tahu buah ni terutama kawan2 dari sabah. Bagi yang tidak tahu buah apa ni, inilah buah Bundu yg setakat diketahui hanya terdapat di Sabah (mgkin Borneo la). Buah ni agak ganjil kerana ianya tidak dikelaskan dalam kelas buah mangga. Ini kerana ciri2 fizikal dan rasanya memang sangat berlainan dengan kelas buah mangga. Bundu ni klu masi mentah rasanya tawar jadi tak la sedap tuk dimakan berbanding mangga (adoi beliru trus ni). Kalau sudah masak pula rasanya ada yang tawar dan manis. Kulitnya pula sangat nipis berbanding mangga dan sebab itulah ia mudah dicederakan. Walaubagaimanapun yang ajaibnya buah ni tidak akan diserang serangga dan tidak akan dimasuki ulat (giuk). Ini mungkin disebabkan rasanya yang tawar ketika masih mentah jadi tak menjadi tarikan para serangga perosak. Tetapi AWAS buah ini BERACUN!. Jangan sesekali termakan biji buah bundu ini walau sedikit pun kerana ia beracun. Jika termakan, kulit akan menjadi seperti terkena demam campak (kemerah-merahan dan berair) dan sangat sakit. Keadaan ini dipangil 'Bunduon'. Ada mitos mengenai buah ini; jika 'bunduon' iaitu sakit kerana termakan biji buah bundu, seseorang dari kalangan keluarga harus 'monokon' (merejam) pokok buah bundu ini dengan bambu (buluh). Ini kononnya bagi menghapuskan atau menghentikan 'sumpahan' akibat termakan biji buah bundu ini. Sejauh mana kebenaranya terpulanglah pada diri masing2. Tapi jangan risau biji buah bundu ini dilapisi satu lapisan yang keras dan berserat-serat. Sebelum terpotong bijinya lapisan serat2 ini dulu yg akan kelihatan. Isi bundu berwarna putih, serat2 biji berwarna coklat dan biji berwarna hijau. Walaubagimana pun lapisan ini tidak begitu ketara jika buah bundu ni masih muda dan mentah. Oleh yang demikian adalah tidak digalakkan memakan buah bundu yang masih mentah.

Gambar ni saya ambil di Kota Marudu dan setelah beberapa tahun tidak merasa buah ni...akhirnya kerinduan terlepas apabila hampir setiap hari saya menikmati buah ini...mmmmmmmmmm sedapnya....... kalu nak try....datang la Sabah dalam bulan Ogos-September....kerana masa ni la musimnya.... Disamping tu ada gak buah2 lain seperti Tarap, Pulutan, Durian, Mangga dan sebagainya....

No comments:

My Family

My TreakEarth Collection